My Add

Friday 21 December 2012

Rizab BNM berjumlah RM426.6 bilion pada 14 Disember

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM426.6 bilion yang bersamaan dengan AS$139.2 bilion sehingga 14 Disember 2012.

Menurut BNM, rizab berkenaan mencukupi untuk membiayai 9.4 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negara jangka pendek.

Katanya, rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$125.4 bilion); rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$2 bilion); emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$8.8 bilion).

"Jumlah aset bank pusat termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM475.36 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Aset lain Bank Negara yang lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM28.13 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM9.6 bilion); serta aset lain (RM8.86 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); dana rizab am (RM14.37 bilion); rizab lain (RM9.8 bilion); mata wang dalam edaran (RM64.35 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM171.01 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM21.75 bilion); deposit lain (RM4.24 bilion); kertas Bank Negara (RM161.03 bilion); peruntukan SDR (RM6.38 bilion); dan liabiliti lain (RM22.33 bilion). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment