My Add

Thursday 20 December 2012

RM12 juta setahun bantu lepasan pelatih GiatMara

MARAN, RABU, 19 Disember, 2012: GiatMara memperuntukkan sebanyak RM12 juta setahun kepada lepasan pelatih institut tersebut untuk menggalakkan dan membantu mereka menjalankan perniagaan sendiri.

Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, sejak bantuan berkenaan diperkenalkan pada 2005, GiatMara berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya, maju serta berdaya saing.

''Bantuan tersebut berjumlah RM5,000 setiap seorang yang mana setiap pelatih menerima RM1,000 wang tunai sebagai modal awal dan RM4,000 dalam bentuk peralatan bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan masing-masing.

''Selain itu, mereka juga diberikan keutamaan bagi membuat pinjaman menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan agensi kewangan yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Inkubator dan Pelancaran Komuniti Usahawan GiatMara Pahang Zon Dua di pekarangan GiatMara Jengka di sini kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment