My Add

Saturday 15 December 2012

RM137 juta untuk Desa Abad 21

PETALING JAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Sebanyak RM137 juta diperuntukkan bagi pembangunan kampung di luar bandar melalui inisiatif yang dikenali sebagai Desa Abad 21 (21st Century-Village-21VC).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebanyak 30 kampung akan dibangunkan di bawah fasa pertama program tersebut yang bermula pada tahun depan.

"Selain memajukan kampung tersebut, 21VC ini akan memberi peluang kepada pelancong asing yang ingin melihat kelainan pada kampung kita sekarang," kata beliau selepas merasmikan Program Apa Khabar Orang Kampung, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad, Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Yussof Dohab dan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment