My Add

Tuesday 4 December 2012

RM3.1 juta lagi untuk Palestin

 *NAJIB bersalam dengan beberapa pelajar Palestin yang menuntut di Malaysia di
 Putrajaya semalam.
PUTRAJAYA, SELASA, 04 Disember, 201: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan sumbangan tambahan Malaysia berjumlah AS$1 juta (RM3.1 juta) kepada Agensi Pemulihan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk membantu pelarian yang menjadi mangsa keganasan tentera Israel di Gaza baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia baru-baru ini menyumbang RM1 juta kepada 'Tabung Darurat Gaza' yang ditubuhkan oleh Yayasan Keamanan Global Perdana di bawah naungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Tabung itu bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza. Sepasukan sukarelawan yayasan itu kini berada di Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

"Kami berharap dan berdoa ketidakadilan yang berlarutan ini dapat diselesaikan segera. Dalam pada itu, Malaysia akan terus membantu rakyat Palestin, sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan dan sokongan politik," katanya pada Hari Perpaduan Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin di sini semalam.

Katanya, tahun lepas Malaysia menyalurkan bantuan AS$2 juta (RM6.2 juta) bagi membantu mengimbangi kos operasi Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur, biasiswa kepada pelajar Palestin di Malaysia, membantu pembangunan modal insan menerusi program latihan dan menghantar bantuan kemanusiaan menerusi badan bukan kerajaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment