My Add

Saturday 15 December 2012

 RM50 juta pinjaman tanpa faedah

Oleh HASHNAN ABDULLAH

 *ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) menyampaikan Anugerah Projek Inovasi Terbaik 
kepada Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa, Mohd. Roslan Mahayudin 
(kanan) pada Hari Inovasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan 
Kepenggunaan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Golongan penjaja dan peniaga kecil yang memilih Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) akan diberikan keutamaan untuk menikmati dana pinjaman tanpa faedah berjumlah RM50 juta yang bakal diagihkan mulai tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan lebih ramai masyarakat negara ini, khususnya berpendapatan rendah berpeluang menikmati menu tersebut.

Bagaimanapun, katanya, para penjaja dan peniaga kecil yang seramai 1.5 juta itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan bank.

"Setakat ini, kita cadangkan agar pengagihan dana di bawah Skim Pinjaman Mikro Kredit itu diuruskan oleh Bank Rakyat tetapi kena tunggu kelulusan Bank Negara dahulu.

"Tetapi kita jangkakan semua urusan itu boleh diselesaikan sebelum hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan Hadiah Anugerah Inovasi KPDNKK 2012 kepada pegawai dan kakitangan KPDNKK yang berjaya.

Menyentuh mengenai menu MR1M, Ismail Sabri berkata, pihak beliau bercadang untuk menambah 1,000 lagi menu mulai tahun depan.

"Sepanjang tahun ini, kita berjaya adakan lebih 3,000 menu untuk MR1M dan tahun depan, kita cadang tambah 1,000 lagi.

"Tetapi ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan jika beliau mahu 3,000 menu, kita akan usahakan untuk dapatkannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment