My Add

Saturday 22 December 2012

Rogol: Rayuan gagal, hukuman penjara, sebat penoreh ditambah

SHAH ALAM, JUMAAT,21 Disember, 2012: Seorang penoreh getah gagal dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali atas kesalahan merogol anak saudaranya, dua tahun lalu.

Sebaliknya, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman penjara kepada 16 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki terbabit yang didapati bersalah merogol anak saudaranya ketika berusia 13 tahun.

Hakim Noor Azian Shaari bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 17 Januari tahun lalu.

Pada Jun lalu, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan tiga kali bagi pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua, penjara 12 tahun dan sebatan empat kali.

Hakim Noor Azian bersetuju dengan hujah tiga Timbalan Pendakwa Raya, Aida Mastura Mohamed Aman, Aidatul Azura Zainal Abidin dan Suzana Abdul Latif yang menyifatkan hukuman Mahkamah Sesyen, tidak mencukupi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment