My Add

Wednesday 19 December 2012

Rosmah sampaikan sumbangan kepada 2 rumah kebajikan di Pulau Pinang

 *ROSMAH Mansor (dua dari kanan) beramah mesra dengan Nur Aleasya Juslin,
4, pada majlis penyampaian sumbangan kepada Persekutuan Anak-anak Yatim 
Pulau Pinang di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Ismail 
Kamadin.

PULAU PINANG, SELASA, 18 Disember, 2012: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat rumah Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang hari ini bagi menyerahkan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

Presidennya, Ng Fook On berkata, lawatan Rosmah itu amat bermakna buat persatuan tersebut yang menyambut ulang tahunnya ke-50 pada tahun ini, selain 152 penghuninya.

"Setiap tahun kami memerlukan RM1 juta untuk menampung perbelanjaan persatuan namun geran tahunan yang diberikan kerajaan selain dana persatuan tidak mencukupi.

"Sehubungan itu, kami mengadakan pelbagai program seperti hari terbuka dan majlis makan malam amal bagi mencari dana selain mengutip sumbangan daripada orang ramai dan syarikat korporat," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Persatuan yang mempunyai 21 pelajar pada peringkat awal pembukaannya itu, kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya pusat fisioterapi pertuturan dan cara kerja serta kelas renang.

Pada majlis itu, Rosmah menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM20,000 bagi menampung dana persatuan tersebut.

Beliau kemudiannya ke Masjid Negeri bagi menyampaikan satu lagi sumbangan iaitu kepada Persekutuan Anak-anak Yatim Pulau Pinang yang juga berjumlah RM20,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment