My Add

Sunday 9 December 2012

Rumah pangsa awam berubah wajah

SEREMBAN, AHAD, 09 Disember, 2012: Kediaman rumah pangsa awam di seluruh negara yang sebelum ini sering dikaitkan dengan suasana tidak selesa dan kurang terurus bakal berubah wajah apabila projek Kejiranan Indah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaksanakan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, projek yang dilaksana menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7 (NBOS 7), akan berkonsepkan kos minimum dengan keputusan yang maksimum.

"Pelbagai agensi di bawah kementerian bekerjasama melaksanakan projek ini dan sebagai projek perintis, kita telah membaik pulih Rumah Pangsa Lobak di sini di mana ia akan bertukar wajah baru.

"Rumah Pangsa Lobak ini akan menjadi satu kejiranan indah yang boleh dibanggakan berbanding imej sebelum ini yang sering dikaitkan dengan pelbagai masalah terutamanya sosial,” katanya . - BERNAMA

No comments:

Post a Comment