My Add

Saturday 22 December 2012

Saksi rasa bas tidak stabil, bergoyang

BUKIT MERTAJAM, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Seorang penumpang mangsa kemalangan bas kilang di Kilometer 150.6, Lebuh Raya Utara-Selatan yang meragut nyawa dua pekerja wanita hari ini memberitahu, bas yang dinaiki mereka tidak stabil dan bergoyang sebelum terbabas ke dalam parit.

Hamiza Samsudin, 37, yang ketika itu berada di tempat duduk belakang bas berkata, dia terpaksa berpaut pada kerusi ketika bas itu terbalik sebelum pegangannya terlepas dan menghempap rakan-rakannya.

"Kebanyakan penumpang sedang tidur dan mereka hanya menyedari bas itu terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan tersebut bergoyang beberapa kali sebelum terbabas dalam parit.

"Saya dapat lihat ramai rakan melambung, menghempap antara satu sama lain ketika bas itu terbalik. Ada di antara kami berpaut kuat pada kerusi kerana bimbang tercampak keluar," kata pekerja kilang Canon di Prai ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment