My Add

Monday 10 December 2012

Samy Vellu yakin Palanivel bertanding di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Datuk Seri S. Samy Vellu yakin Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel akan bertanding di Cameron Highlands yang juga merupakan kerusi selamat bagi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Presiden MIC itu berkata, ketika ini persediaan untuk memastikan kemenangan Palanivel sedang dilakukan.

“Saya sangat yakin beliau akan bertanding di sana malah akan menang, saya juga yakin persiapan sedang giat dilakukan oleh BN.

“Saya tidak rasa salah untuk beliau bertanding di sana (Cameron Highlands), apa yang penting ketika ini adalah kemenangan besar buat BN," katanya ketika ditemui pemberita sempena Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di PWTC hari ini.

Beliau mengulas khabar angin baru-baru ini yang mengatakan Palanivel berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang dianggap kawasan selamat.

Kerusi tersebut kini disandang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K Devamany selama dua penggal selepas memenangi kali pertama pada 2004. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment