My Add

Monday 24 December 2012

Sasar sumbangan premium RM60j

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN

 KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Diember, 2012: Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menyasarkan sumbangan premium RM60 juta daripada segmen takaful individu dan keluarga pada tahun ini berbanding kira-kira RM50 juta tahun lalu.

Naib Presiden Eksekutif bagi Operasi Perniagaannya, Wan Mohd. Fadzlullah Wan Abdullah berkata, prestasi yang lebih baik itu didorong oleh beberapa penambahbaikan produk dan pelancaran produk-produk baharu.

Katanya, terbaharu adalah penambahbaikan yang dilakukan terhadap Takaful serta Simpanan Haji Ikhlas yang mana caruman minimum dinaikkan daripada RM20 kepada RM60 bagi membolehkan pemegang polisi mengumpul simpanan bagi ibadah haji dalam tempoh yang lebih cepat.

"Kami turut melakukan perubahan daripada segi golongan sasar yang mana matlamat kami pada kali ini adalah golongan muda yang baru bekerja serta yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun dan bukan sekadar bayi atau kanak-kanak seperti mana yang berlaku selepas ia dilancarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment