My Add

Friday 7 December 2012

Satu saman AES ditarik balik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Seorang wanita yang merupakan seorang daripada sejumlah 58 pemandu yang hadir di Mahkamah Trafik di sini hari ini kerana gagal menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernasib baik apabila pihak pendakwaan menarik balik saman berkenaan berikutan masalah teknikal.

Soon Chooi Mee, 53, memberitahu, terdapat percanggahan berhubung tempoh masa yang dicatat dalam surat saman yang diterimanya dengan pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di mahkamah hari ini.

Sebelum itu, Chooi Mee yang menghadapi masalah pendengaran berikutan kehilangan alat bantuan dengar miliknya dalam kejadian rompakan malam tadi, terpaksa beberapa kali meminta jurubahasa membaca pertuduhan yang dihadapinya dengan nada yang kuat.

Majistret Noorasyikin Sahat kemudiannya mengarahkan jurubahasa berkenaan membaca pertuduhan tersebut di sebelah Chooi Mee, namun wanita itu tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibaca sebaliknya mempertikaikan tempoh masa berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment