My Add

Saturday 8 December 2012

Scorpene: Ketua Pembangkang digesa rungkai kekeliruan rakyat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuat penjelasan bagi merungkai kekeliruan rakyat berhubung dakwaan kononnya perbicaraan pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di mahkamah Perancis ketika ini.

Presiden Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Hafiz Abdul Kadir berkata, isu itu kini menjadi tanda tanya selepas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua baru-baru ini mendakwa perbicaraan tersebut sebenarnya tidak wujud.

Tambah beliau, perkara itu bertentangan dengan dakwaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sebelum ini memperbesar-besarkan isu tersebut sekali gus mengesahkan pembohongan pertubuhan berkenaan.

"Anwar perlu telus dan berterus-terang dalam menjelaskan perkara ini serta mengapa Tian Chua membuat kenyataan sedemikian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment