My Add

Friday 7 December 2012

Selangor tangguh tutup AES

SHAH ALAM, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menangguhkan tindakan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Sepang yang sepatutnya dilakukan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Lui berkata, langkah penangguhan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada pegawai Undang-Undang Negeri yang tindakan itu sepatutnya diambil selepas notis 30 hari diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya 14 hari sebagaimana dinyatakan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Tindakan menutup kamera AES juga sebenarnya tidak boleh dilakukan oleh PBT sebaliknya arahan perlulah diberikan kepada agensi penguatkuasaan AES sendiri untuk berbuat demikian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment