My Add

Saturday 22 December 2012

Selesaikan isu ijazah Kuin - GPMS

ALOR SETAR, JUMAAT, 21 Disember, 201: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan bagi menyelesaikan isu program ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang tidak mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd. Rani berkata, pihaknya juga bersedia untuk menjadi perantara antara Kuin dan pihak kementerian supaya masalah pengiktirafan terhadap Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat dapat diselesaikan dengan segera.

Kata beliau, pihaknya akan menulis surat kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi meminta kementerian mempercepatkan proses program itu mendapat akreditasi penuh MQA.

"Semalam graduan yang terlibat datang berjumpa saya dan meminta pihak kami bantu mereka kerana sehingga kini ketujuh-tujuh mereka gagal mendapat pekerjaan yang sesuai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment