My Add

Tuesday 18 December 2012

Selesema burung: Kanak-kanak 4 tahun meninggal dunia di Indonesia

JAKARTA, SELASA, 18 Disember, 2012: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Indonesia meninggal dunia akibat selesema burung, seterusnya menjadikan ia kes kematian ke-10 di negara itu sepanjang tahun ini.

Kanak terbabit yang berasal dari daerah Jawa barat meninggal dunia 6 Disember lalu selepas seminggu menghidap demam panas.

“Mangsa dijangkiti virus H5N1 selepas dipercayai bermain dengan ayam di rumahnya,” kata ketua penyakit berjangkit berpunca daripada haiwan Kementerian Kesihatan Indonesia, Rita Kusriastuti di sini, hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment