Semashur sekolah terbaik SBP tiga tahun berturut-turut
KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) berjaya muncul sebagai sekolah terbaik kategori Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tiga tahun berturut-turut dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan hari ini.
Menurut Pengetuanya, Siti Rogayah Yahya, kejayaan itu berdasarkan pencapaian 1.02 Gred Purata Keseluruhan (GPK) serta 87.9 peratus daripada 157 calon pelajarnya yang lulus 100 peratus dan mendapat A dalam semua mata pelajaran.
"Tambah membanggakan, Semashur juga merupakan sekolah terbaik bagi peringkat negeri Selangor. Pencapaian cemerlang ini sudah tentu menggembirakan seluruh warga sekolah bukan sahaja pelajar terlibat tetapi juga para guru yang telah berusaha keras menjalankan pelbagai program bagi meningkatkan prestasi pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment