My Add

Tuesday 11 December 2012

Sembur cat kamera AES: Pelaku tidak bertamadun, bacul

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Diember, 2012: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyembur cat merah pada kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berdekatan Plaza Tol Kajang kelmarin disifatkan sebagai tidak bertamadun dan bacul.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan itu dipercayai bertitik tolak daripada provokasi pemimpin pembangkang yang cuba menghangatkan isu pelaksanaan AES.

Sehubungan itu, tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelaku tersebut.

"Saya berharap polis dapat menangkap pelakunya dan membawanya ke muka pengadilan.

"Atas sebarang alasan sekalipun, perbuatan itu tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan bacul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment