My Add

Sunday 16 December 2012

Seng Giaw, P Ramasamy tewas pemilihan CEC DAP

 *SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas
, Mahfuz Omar berbual sesuatu semasa menghadiri Kongres ke-16 DAP
 *PERWAKILAM DAP dicat dengan dakwat pada jari mereka selepas 
membuang undi bagi memilih Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat di 
Kongres ke-16 DAP di Pusat Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang 
(PISA) di sini, hari ini.

 
*RAMASAMY tidak dipilih dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam Kongres Kebangsaan ke-16 DAP

.GEORGETOWN, SABTU, 15 Disember, 2012: Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, sebentar tadi.

Seng Giaw menerima 802 undi manakala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut tewas dalam pemilihan kali ini dengan menerima 746 undi.

Sementara itu, tiga pemimpin utama DAP iaitu Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng terus mendapat kepercayaan perwakilan apabila sekali lagi diberi kerpercayaan dalam CEC DAP kali ini.

Kit Siang menerima 1,607 undi dan Karpal (1,411) manakala Guan Eng (1,576). - BH

No comments:

Post a Comment