My Add

Thursday 13 December 2012

Seorang rakyat Mesir dipenjara ekoran siar filem anti-Islam

KAHERAH, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Sebuah mahkamah Mesir di sini semalam menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang rakyatnya yang beragama Kristian atas kesalahan menyiarkan babak filem anti-Islam secara dalam talian.

Pegawai mahkamah berkata, Albert Saber, 27, didapati bersalah memburuk-burukkan agama lain kerana menyiarkan filem kontroversi berkenaan yang sebelum ini telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dunia.

Albert ditahan pada September lalu selepas pihak berkuasa mendapat aduan jirannya tentang penyiaran sedutan filem Innocence of Muslims di dalam Internet yang dimuat naik oleh lelaki tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment