My Add

Friday 21 December 2012

Sepuluh syarikat akan diaudit tahun depan - SPRM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Kira-kira 10 daripada 160 syarikat yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat akan diaudit bagi mengenal pasti mereka mengikut ciri-ciri yang digariskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan, pemilihan nama-nama syarikat secara rawak akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.

Beliau berkata, nasihat serta rundingan akan diberi jika wujud perlakuan rasuah yang diamalkan dalam sistem kerja syarikat berkenaan.

"Kerja-kerja audit akan dilakukan pada suku pertama tahun depan. Sebanyak 160 syarikat telah menyambut baik usaha SPRM dan berikrar tidak bertoleransi terhadap perlakuan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) berhubung enam cadangan untuk diberi perhatian kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), syarikat milik kerajaan, swasta dan lain-lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment