My Add

Thursday 20 December 2012

Serius perangi jenayah - Najib

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan AZRAI MOHAMMAD

 
 *NAJIB Tun Razak bersama Hishammuddin Tun Hussein diberi penerangan oleh Koperal Rosmin Angsor (kanan) mengenai motosikal Kawasaki yang diguna Unit Rondaan Bermotosikal (URB) pada majlis pelancaran URB di padang awam BK 5 Bandar Kinrara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited dan serius memerangi segala perbuatan jenayah sekali gus memenuhi tuntutan rakyat yang sentiasa mahukan negara ini berada dalam keadaan aman dan selamat.
RABU
Perdana Menteri berkata, atas asas itu juga kerajaan telah memperkenalkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam Bajet 2013 dan sedia menambahkan peruntukan untuk memperluaskannya jika didapati program itu mampu mengurangkan kadar jenayah yang bermula hari ini.

Malah, beliau berkata, penambahan peruntukan itu tidak perlu menunggu pengumuman Bajet 2014 sebaliknya bajet sedia ada akan ditingkatkan kerana penentangan terhadap perbuatan jenayah menjadi salah satu keutamaan kepada kerajaan.

"Saya berharap rakyat memberi peluang kepada URB melakukan tugasan mereka. Selepas enam bulan, kita akan menilai semula program ini bagi melihat keberkesanannya.

"Sekiranya berkesan kita akan perluaskan program ini tanpa perlu tunggu Bajet 2014. Kita tambah bajet sedia ada. Ini tanda komitmen serta seriusnya kerajaan menentang perbuatan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran URB di padang awam BK 5 Bandar Kinrara, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Peringkat permulaan, sebanyak 560 daripada 1,000 unit motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 telah disediakan bagi program URB di empat buah negeri iaitu di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor.

Najib berkata, URB akan dilaksanakan dengan kaedah 'buddy system' secara tiga syif selama 24 jam di kawasan-kawasan perumahan serta kawasan sibuk seperti kawasan perniagaan, taman rekreasi, perindustrian dan sekolah.

Beliau berkata, motosikal tersebut turut dilengkapi dengan lampu siren serta alat perhubungan bagi memudahkan tugasan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan sentiasa mengambil sikap dan pendirian bahawa usaha mengurangkan kadar jenayah hendaklah dilipatgandakan.

"Selain mengumumkan pelaksanaan URB, kerajaan di dalam Bajet 2013 akan menambahkan lagi jumlah anggota polis sebanyak 4,000 orang, pemasangan sebanyak 496 kamera litar tertutup (CCTV) di 25 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan juga akan menambah sukarelawan polis sehingga 10,000 orang selain memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada persatuan penduduk. Semuanya ini merupakan fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) dengan usaha memerangi jenayah adalah salah satu daripadanya," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, usaha memerangi jenayah perlu mendapat sokongan daripada rakyat serta komuniti setempat supaya usaha memerangi jenayah lebih berkesan.

"Hakikatnya, hasil usaha kerajaan di bawah NKRA dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kadar jenayah dapat dikurangkan pada tahap paling minimum," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment