My Add

Friday 21 December 2012

Shafie sokong cadangan SPRM tapis calon PRU

PASIR PUTEH, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai langkah wajar.

Langkah itu katanya dapat mengelak masalah lebih besar dan menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuah selepas pilihan raya berlangsung.

"Saya sokong penuh perkara ini kerana ia untuk kebaikan. Ini penting kerana kita tidak mahu nantu calon itu bermasalah dan terpaksa buat pilihan raya kecil pula selepas itu yang membabitkan perbelanjaan lain dan merumitkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar yang dilapor media mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, berkata perkara itu diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini bagi memastikan tidak ada masalah timbul apabila tiba hari penamaan calon. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment