My Add

Wednesday 12 December 2012

Sindiket seludup gading tumpas

Oleh HELMI MOHD. FOAD
 *AZIS Yacub (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian gading
 gajah dirampas dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Klang
, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

KLANG, SELASA, 11 Disember, 2012: Kastam negeri mencatatkan kejayaan besar dengan menumpaskan cubaan satu sindiket untuk menyeludup 24 tan gading gajah yang dianggarkan bernilai RM60 juta dari Afrika melalui Pelabuhan Barat di sini semalam.

Rampasan kali ketiga dan yang terbesar tahun ini itu adalah hasil maklumat Cawangan Risikan Kastam Putrajaya sebelum Bahagian Penguatkuasaan Kastam negeri melakukan pemeriksaan rapi ke atas dua kontena berukuran 6.1 meter persegi yang ditahan pada 7 Disember lalu.

Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua kontena tersebut yang dibawa di Pelabuhan Utara di sini kira-kira pukul 10 malam semalam, pihak berkuasa menjumpai 1,500 gading gajah yang disorok dalam 10 bongkah kayu jenis mahogani yang mempunyai ruang khas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment