My Add

Monday 3 December 2012

Singapura hantar pulang 29 pemandu China

SINGAPURA, ISNIN, 03 Disember, 2012: Pihak berkuasa Singapura semalam menghantar pulang seramai 29 daripada 171 orang pemandu bas dari China yang terlibat dalam mogok selama dua hari pada minggu lalu.

Kesemua pemandu bas tersebut melakukan mogok pada Isnin dan Selasa lalu bagi menuntut kenaikan gaji serta kondisi kerja yang lebih baik.

"Kementerian Sumber Manusia Singapura mengesahkan bahawa 29 pemandu tersebut sudah dihantar pulang ke China.

"Prosedur penghantaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," menurut kenyataan kementerian tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment