My Add

Wednesday 12 December 2012

Sisa aktiviti Lynas diubah bentuk

PUTRAJAYA,  SELASA, 11 Disember, 2012: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang kononnya syarikat Lynas Corporation Australia yang akan beroperasi di Gebeng tidak mengendahkan tuntutan berhubung pengeksportan sisa yang terhasil.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, syarat khusus kerajaan menetapkan syarikat itu mesti menghantar keluar semua sisa yang terhasil atau diarahkan memberhentikan operasinya.

"Sebenarnya sisa atau residue itu bukan dieksport dalam bentuk sisa sebenar, sudah pasti tiada satu negara di dunia pun yang mahukannya.

"Sebaliknya, sisa ini akan diterjemahkan menjadi satu produk inovasi atau komersial oleh Lynas sebelum dapat digunakan sama ada di luar atau dalam negara," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa kerajaan tidak jujur dan tiada komitmen dalam menjaga keselamatan serta kesihatan orang awam dalam isu Lynas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment