My Add

Tuesday 25 December 2012

Sistem perparitan punca banjir kilat - Tengku Mahkota

*TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan salah sebuah 
keluarga ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Galing, 
Kuantan, semalam.

KUANTAN, ISNIN, 24 Disember, 2012: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kejadian banjir kilat yang menyebabkan operasi di pusat bandar lumpuh kira-kira dua jam hari ini ekoran sistem perparitan yang sempit dan tidak sempurna.

Baginda bertitah, kesimpulan itu dibuat selepas baginda sendiri membuat tinjauan di udara menggunakan helikopter ketika berlakunya banjir di kawasan tersebut.

"Ketika berada di atas helikopter saya perhatikan banyak parit di kawasan berlaku banjir terlalu kecil dan sempit.

"Mungkin sudah sampai masanya kerajaan dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengkaji perkara ini dan mengambil tindakan," titah baginda kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, di sini hari ini. -- UTUSAN

No comments:

Post a Comment