My Add

Saturday 22 December 2012


Skandal seks hanya cerita rekaan - Ganesan

IPOH, JUMAAT, 21 Disember, 2012: - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan (gambar) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pemimpin pakatan pembangkang kononnya beliau terlibat dengan skandal seks.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai satu cerita rekaan pemimpin pembangkang, Ganesan menegaskan, beliau akan membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menyebarkan tuduhan tersebut.

''Jangan percaya, itu semua hanya rekaan. Namun, saya sudah pasti akan membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

''Perkara ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya dalam menjalankan tugas sebagai Speaker DUN, cuma saya sedih kerana ahli keluarga terpaksa berdepan dengan fitnah jijik ini," katanya kepada pemberita di luar sidang DUN Perak, di sini hari ini. -UTUSAN 

No comments:

Post a Comment