My Add

Friday 14 December 2012

SKMM beri amaran keras

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

 CYBERJAYA, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi kata dua kepada syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan segera masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus (dropped calls) atau berdepan tindakan undang-undang.

Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM, Datuk Ali Hanafiah berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung masalah itu daripada pengguna dan akan mengambil tindakan segera dengan menjalankan ujian di kawasan-kawasan yang dinyatakan pengadu.

Menurutnya, selepas aduan dan ujian dilakukan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi terlibat dan hasil ujian itu akan dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian.

Tambah beliau, SKMM mengambil perhatian berhubung perkara itu dan syarikat telekomunikasi perlu membuat penjelasan terperinci kepada setiap pelanggan dalam segala hal supaya mereka lebih faham dengan prosedur serta perkhidmatan yang ditawarkan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment