My Add

Monday 24 December 2012

Sokong tindakan C.N. Al-Afghani

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Disember, 2012: Pas tidak akan diiktiraf sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam selagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik balik amanat beliau yang sanggup mengkafirkan parti lain yang dianggotai orang Islam.

Bekas aktivis Pas, Datuk Fared Abdul Ghani berkata, amanat Haji Hadi yang dicetuskan pada 1981 itu menyimpang daripada ajaran Islam sebenar sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Berikutan itu, beliau akan menyokong segala usaha bagi memastikan Abdul Hadi mengakui kesilapan tersebut demi menjaga kesucian agama Islam.

"Abdul Hadi dan semua pemimpin Pas perlu bertanggungjawab kerana akibat amanat itu, penyokong Pas bertindak menyalahi hukum agama dan menganggap tindakan tersebut perkara betul.

"Mereka perlu sedar Pas juga boleh digambarkan kafir kerana berkawan dengan DAP yang terang-terangan menolak Islam sama seperti mereka mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment