My Add

Wednesday 5 December 2012

Sorpene: Dakwaan Suaram palsu semata-mata

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Propaganda pembangkang melalui pertubuhan tidak berdaftar, Suaram berhubung wujudnya perbicaraan di Mahkamah Perancis melibatkan isu kapal selam Scorpene jelas merupakan satu dakwaan palsu dan pembohongan semata-mata.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, perkara itu dibuktikan sendiri oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam sidang Dewan Rakyat pada 21 November lalu apabila beliau mengakui tidak ada perbicaraan di mahkamah tersebut.

"Kajian JMM menerusi penyata rasmi Parlimen yang telah dikeluarkan jelas tertulis bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengakui dengan berkata 'saya tidak pernah kata Perancis ada perbicaraan'.

"Ini bermakna terbukti perbicaraan tersebut yang selama ini didakwa Suaram adalah satu pembohongan besar dan berniat jahat untuk memfitnah kerajaan Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment