My Add

Friday 7 December 2012

SPR terima respons positif

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima maklum balas positif daripada semua parti politik termasuk pembangkang yang memberi kepercayaan kepada suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, respons serta sambutan menggalakkan itu diperoleh hasil siri jelajah program taklimat dan simulasi pengundian kepada pemimpin parti politik di seluruh negara ketika ini.

Beliau yang diberi tanggungjawab menyampaikan taklimat program itu memberitahu, usaha tersebut penting bagi memberi penjelasan kepada pemimpin dan ahli parti politik mengenai kekeliruan berkaitan langkah pembaharuan dilakukan SPR pada pilihan raya umum akan datang.

"Setakat ini, sambutan yang diterima baik sekali dan apa yang penting kita dapat jelaskan beberapa kekeliruan dalam kalangan pemimpin dan ahli bawahan parti politik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment