My Add

Wednesday 19 December 2012

SPRM diminta siasat dakwaan habuan tanah RM30 juta
 *Ahli NGO Perak membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat pendedahan 
sebuah blog berkenaan pemberian tanah oleh Nik Aziz kepada dua pemimpin 
DAP Perak di Ibu Pejabat SPRM Perak, di Ipoh, semalam.

IPOH, SELASA, 18 Disember, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat pendedahan sebuah blog mengenai habuan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada dua pemimpin DAP Perak jika mereka bersetuju Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar pada 2008.

Desakan itu dibuat oleh Barisan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak yang menaungi 167 NGO di negeri ini selepas membuat dua laporan di Pejabat SPRM negeri di Meru, di sini hari ini.

Sebahagian ahli gabungan pertubuhan itu turut membuat dua lagi laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini.

Pengerusinya, Mohd. Salleh Khan Mohd. Jaafar berkata, pendedahan blog pisau.net yang turut menyertakan bukti-bukti dalam bentuk dokumen mengenai pemberian tanah seluas 4,259.9 hektar kepada dua pemimpin tersebut amat serius. UTUSAN

No comments:

Post a Comment