My Add

Sunday 23 December 2012

SPRM diminta siasat isu tanah balak

KOTA BHARU, SABTU, 22 Disember, 2012: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat dakwaan bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, siasatan itu perlu dilakukan memandangkan kedua-dua pemimpin DAP tersebut telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu.

Wan Khairul berkata, keluasan tanah yang diluluskan itu sangat besar dan untuk mendapatkan kelulusan tersebut ia pasti memerlukan persetujuan yang istimewa.

Justeru, katanya, beliau percaya ada 'tangan-tangan' yang telah menyalahgunakan kuasa bagi menjayakan proses meluluskan tanah berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment