My Add

Sunday 16 December 2012

SPRM gagalkan konspirasi seludup diesel

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Disember, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya melumpuhkan konspirasi untuk menyeludup 300,000 liter diesel yang dianggarkan bernilai RM2.3 juta ke luar negara melalui Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Kedah baru-baru ini.

Dalam kejayaan itu, cawangan Projek Khas agensi tersebut bersama Maritim Malaysia berjaya menahan sebuah kapal dari Thailand yang merancang untuk mengangkut minyak tersebut di jeti berkenaan pada 20 September lalu.

Menurut sumber, tujuh anak kapal dan seorang Kapten telah ditahan dan dibawa ke pejabat SPRM Alor Setar, Kedah.

"Hasil soal siasat, suspek yang merupakan pemilik minyak tersebut iaitu dalang kegiatan itu telah ditahan sehingga membawa kepada terbongkarnya konspirasi tersebut.," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment