My Add

Saturday 8 December 2012

Suami isteri berpura-pura mati

Oleh FIRDAUS HASSAN
 *MARINA yang cedera parah bergelut dengan bekas pekerjanya dirawat di Hospital
Umum Sarawak semalam.
KUCHING, SABTU, 08, Disember, 2012:Aku tahu bila aku langkah keluar dari rumah ini kau akan panggil polis, jadi nak atau tak nak aku kena bunuh kau.”

Demikian kata-kata lelaki berusia 25 tahun yang mengamuk dan menawan pasangan bekas majikannya sebelum nekad mengelar leher kedua-dua mangsa iaitu Saad El-Sir El-Sadiq, 28, dan isterinya Marina Julai, 42, dalam kejadian di sebuah restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini semalam.

Semasa amukan pada pukul 4 pagi, Saad, seorang rakyat Sudan, manakala isterinya Marina yang berwarganegara Malaysia terlebih dulu ditawan oleh suspek yang baru kira-kira dua minggu diberhentikan kerja di restoran tersebut kerana masalah disiplin.

Mengimbas kejadian ngeri itu, Marina berkata, suaminya terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air kecil.

Pasangan itu tidur di ruang hadapan restoran tersebut.

“Selang beberapa minit selepas suami pergi ke tandas, saya terdengar suara suami seolah-olah mengerang dan menjerit dari dapur.

“Saya bangun untuk memastikan apa yang berlaku dan apabila sampai di dapur saya ternampak kelibat seorang lelaki memakai kain pelikat dan menutup muka sambil memegang parang di tangan kanan manakala pisau di tangan kiri,” kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini. - Kosmo

No comments:

Post a Comment