My Add

Tuesday 18 December 2012

Subsidi RM1.4 juta galak petani di Kelantan tanam kenaf

PASIR PUTEH, SELASA, 18 Disember, 2012: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Kelantan memperuntuk sebanyak RM1.4 juta sebagai subsidi untuk menggalakkan 300 petani mengusahakan tanaman kenaf di kawasan seluas 600 hektar di negeri ini, tahun depan.

Pengarah LKTN, Mohd. Fakri Mohd. Noor berkata, peruntukan itu akan dibelajakan bagi tujuan upah tenggala, racun dan benih kepada petani dari Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh.

Petani yang mempunyai kawasan tanah terbiar atau sawah yang dikerjakan sekali setahun, sekiranya berminat untuk mengusahakan tanaman kenaf boleh mendaftar di cawangan LKTN berdekatan, katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran tanaman kenaf oleh petani di Kampung Bukit Awang di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment