My Add

Tuesday 25 December 2012

Sukar untuk mencari Lim Keng Yaik yang lain, kata Najib

PETALING JAYA, SELASA, 25 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah sukar untuk mencari seorang lagi tokoh seperti Tun Dr Lim Keng Yaik, bekas Presiden Gerakan yang meninggal dunia Sabtu lepas, dalam landskap politik tempatan.

"Beliau memiliki gaya yang tidak dapat ditiru dan adalah sukar untuk mencari Lim Keng Yaik yang lain dalam politik Malaysia. Jadi, beliau pasti akan dirindui dan kita akan mengingatinya untuk masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang Dr Lim di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment