Sultan Kelantan minta umat ISlam saling menghormati, elak berbalah
KOTA BHARU, SELASA, 25 Disember, 2012: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.
Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikan dan keindahan Islam, jangan sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.
"Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri," titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini hari ini.
Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment