My Add

Monday 10 December 2012

Sultan Pahang lancar biografi Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 2012: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan majlis memperkenal dan melancarkan buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel Grand Hyatt di sini hari ini.

Biografi Rosmah Mansor setebal 164 muka surat itu diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) memaparkan pengalaman dan liku-liku kehidupan isteri Perdana Menteri itu sejak zaman kanak-kanak beliau sehingga sekarang.

Berangkat sama ke majlis tersebut, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Rosmah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment