My Add

Thursday 6 December 2012

Sungai Muar melebihi paras bahaya - JPS

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat berwaspada kerana paras air sungai itu melebihi had bahaya iaitu 20.18 meter pagi ini.

Portal itu juga melaporkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Negeri Sembilan, Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak melebihi had amaran dengan kedua-duanya mencatat 6.72 meter dan 2.75 meter.

Sementara itu, portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor mencatat kepada 41 mangsa daripada 13 keluarga.

Di Selangor, laluan jalan ditutup pada semua kenderaan di Jalan Sungai Lalang dari Semenyih ke Hulu Langat kerana tanah runtuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment