My Add

Monday 17 December 2012

Suspek ditembak mati di Filipina sah rakyat Malaysia

PUTRAJAYA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Suspek pengganas yang ditembak mati oleh polis Filipina dalam satu pergelutan di sebuah hotel di bandar Davao Jumaat lalu, disahkan rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar itu dikesan memasuki negara tersebut pada April lalu.

"Saya juga mengesahkan lelaki berumur 26 tahun dan berasal dari Melaka itu pernah menganggotai kumpulan militan di sana dan dipercayai mempelajari cara membuat bom di negara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment