My Add

Saturday 15 December 2012

Suspek pengganas Malaysia ditembak mati di selatan Filipina

MANILA, SABTU, 15 Disember, 2012: Polis Filipina membunuh seorang suspek pengganas warga Malaysia yang didakwa merancang serangan bom di satu daripada bandar terbesar di selatan negara itu.

Ketua polis Bandar Davao, Ronald de la Rosa berkata suspek itu dikenali sebagai Mohd Noor Fikrie Abud Kahar.

Suspek ditembak mati polis lewat kelmarin selepas satu pergelutan dalam sebuah hotel tempat tertuduh dan isterinya, warga tempatan, menginap.

De la Rosa berkata, ketika pasangan itu mahu keluar, pegawai cuba menahan Mohd Noor, namun dia berjaya melepaskan diri dan mengancam meletupkan sebutir bom dalam sebuah beg dibawa isterinya.

Beliau berkata, polis melepaskan tembakan selepas Mohd Noor merampas beg dari isterinya.

Bom itu, yang akhirnya dimatikan, dibuat daripada serpihan meriam. - AP

No comments:

Post a Comment