My Add

Tuesday 18 December 2012

Suspek pengganas sah rakyat kita

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Suspek pengganas yang ditembak mati oleh polis Filipina dalam satu pergelutan di sebuah hotel di bandar Davao Jumaat lalu, disahkan rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar itu dikesan memasuki negara tersebut pada April lalu.

“Saya juga mengesahkan lelaki berumur 26 tahun dan berasal dari Melaka itu pernah menganggotai kumpulan militan di sana dan dipercayai mempelajari cara membuat bom di negara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan ketika kejadian Fikrie bersama isterinya warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel. Suspek dilaporkan cuba mengambil beg sandang dari isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri.

Bapa kecewa anak berubah sikap, sanggup tinggal keluarga

KUALA LUMPUR: Bapa kepada anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu kecewa dengan perubahan sikap anaknya daripada pendiam kepada agresif serta sanggup meninggalkan keluarganya demi perjuangan yang sia-sia.

Malah, Abd. Kahar Sirun, 53, terkejut apabila anaknya itu, Mohd. Noor Fikrie sanggup menjual Proton Saga BLM yang dimiliknya semata-mata untuk digunakan sebagai perbelanjaan ke negara itu.

Beliau mendakwa, anaknya sebelum ini tidak pernah membantah nasihat ibu bapa namun bertindak sebaliknya apabila membuat keputusan untuk ke negara tersebut tanpa memaklumkan kepada keluarga.

"Sebelum ini, semua keputusannya termasuk masuk ke asrama, berkahwin dan bercerai dirujuk kepada saya terlebih dahulu. Dia anak yang taat walaupun seorang yang pendiam dan tidak berani melakukan sesuatu tanpa berbincang dengan keluarga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment