My Add

Wednesday 12 December 2012

Syarikat pelaburan emas tiada kaitan jualan langsung

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Mana-mana syarikat yang menjalankan skim pelaburan termasuk menggunakan emas tidak ada kaitan dengan perniagaan jualan langsung kerana kedua-duanya mempunyai cara pengendalian perniagaan berbeza.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak termasuk institusi perbankan tidak harus terkeliru dengan perkara itu kerana perniagaan jualan langsung tidak mengutip wang daripada pengedar mereka bagi tujuan pelaburan.

Katanya, ahli-ahlinya juga hanya mendapat komisen daripada penjualan produk yang dijalankan.

"Syarikat pelaburan tidak berdaftar dengan kementerian di bawah Akta Jualan Langsung, perniagaannya pun berbeza kerana ia memungut duit untuk tujuan pelaburan dan membayar dividen atau faedah kepada pelabur mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment