My Add

Wednesday 5 December 2012

Syiah: Kerajaan Perlis bolah ambil langkah pencegahan awal

PUTRAJAYA, rabu, 05 dISEMBER, 2012: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan negeri Perlis boleh mengambil tindakan awal untuk membendung gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram di negeri itu.

Ini bagi memastikan fahaman itu tidak berkembang sehingga membimbangkan banyak pihak, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Kumpulan Tradewinds (M) Berhad kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini hari ini
.
"Saya dapat laporan dari Perlis, pihak Majlis Agama Islam mempunyai kesedaran maklumat tentang Syiah yang sedang berjalan dan mereka sedang mengawasi untuk mengambil tindakan perlu," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah di negeri itu. 

Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, dipetik sebagai berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah) yang diedar di beberapa majlis, turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur, bagi mengelirukan umat Islam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment