My Add

Wednesday 12 December 2012

T-Team masih menunggu kedatangan Boateng

KUALA TERENGGANU, SELASA, 11 Disember, 2012: T-Team masih belum dapat membentuk barisan utama pasukan berikutan pemain import kelahiran Ghana, George Boateng sehingga kini masih lagi berada di negaranya.

Pegawai eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata pemain pertahanan itu sepatutnya berada di sini pada 2 Disember lepas, tetapi menangguhkan kedatangannya sehingga 16 Disember atas urusan keluarga.

"Sebab itulah kami tidak dapat merangka pasukan tanpa kehadiran Boateng," katanya kepada Bernama.

Boateng merupakan salah seorang daripada dua pemain import yang bakal menyarung jersi The Titans, selain Caleb Folan dari England yang masing-masing baru menandatangani kontrak selama setahun dalam saingan Liga Malaysia musim 2013.

Mengulas prestasi Folan, Abdul Rashid berkata kualiti persembahan pemain tersebut amat menyakinkan berdasarkan aksinya dalam beberapa perlawanan ujian pasukan itu.

Beliau berkata pihak pengurusan yakin dapat membuat pemilihan yang tepat dengan mengambil Folan kerana penyerang itu menunjukkan prestasi amat memberangsangkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment