My Add

Saturday 22 December 2012

Tabung Kemanusiaan Gaza MSU 2012 dilancar

 *MOHD.. Shukri Ab. Yajid (kanan) dan Juanda Jaya (dua dari kanan) memberi 
sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Gaza MSU 2012 pada majlis 
pelancaran tabung itu di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Prihatin terhadap kesengsaraan yang terpaksa ditanggung rakyat Palestin, Management and Science University (MSU) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza MSU 2012 di sini hari ini.

Presiden MSU, Prof. Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid, tabung tersebut akan ditempatkan di kampus utama MSU dan Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di sini serta 10 cawangan PTPL di seluruh negara dan kutipan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 31 Disember nanti.

“Ini bagi membolehkan kesemua warga MSU menyalurkan derma kepada saudara kita yang memerlukan di Palestin.

“Semua kutipan akan diagihkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja - bantuan kemanusiaan di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tabung tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment