My Add

Wednesday 19 December 2012

Tajol Rosli umum tak mahu bertanding lagi

IPOH, SELASA, 18 Disember, 2012: Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika membahaskan Bajet Negeri Perak 2013 pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Tajol Rosli bertanding kali pertama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kenering pada 1977 dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu sejak 1999 sehingga sekarang.

Beliau memohon maaf di atas segala kesilapan sepanjang jadi wakil rakyat di negeri ini.

Beliau yang sudah bertanding dan menang dalam semua pilihan raya sejak 35 tahun lalu, berkata sekarang masa paling sesuai untukya bersara daripada politik.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-12 yang bermula semalam, adalah Sidang DUN terakhir baginya.

"Oleh itu, saya memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan terhadap rakan dalam kerajaan dan pembangkang sepanjang saya berada dalam DUN ini," katanya. 

Ketika ditemui media kemudian, Tajol berkata pengumuman itu selaras dengan keputusannya meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak pada 29 Januari 2009 serta Ketua UMNO Bahagian Grik pada 29 Mac tahun sama. - BH

No comments:

Post a Comment