My Add

Wednesday 19 December 2012

Taksir kerugian RM500j semusim

ALOR SETAR, SELASA, 18 Disember, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengesahkan kegiatan pembalakan tanpa kawalan di kawasan tadahan air di Kedah bakal menyebabkan 55,130 keluarga tani mengalami kerugian RM500 juta semusim.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, kehilangan hasil sehingga 0.5 juta tan semusim jika kerakusan pembalakan tidak dihentikan dengan segera akan menyebabkan negara berdepan masalah kekurangan beras.

Katanya, kesan ke atas tanaman padi itu berlaku kerana Sungai Muda dan Sungai Padang Terap yang merupakan sungai hantaran utama untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dikesan tercemar teruk dengan mendapan.

Menurutnya, ini kerana pembalakan di kompartmen 4, 48 dan 50 seluas 314 hektar di kawasan tadahan air di Pedu betul-betul di pinggir Empangan Pedu iaitu kurang 200 meter menyebabkan berlaku impak ke atas pengairan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment